11 December 2011

ANA DAHLIA DAN CHEF RIZ SELAMAT BERNIKAH


Setelah 'kebal' dengan kontroversi 'janda' dan sebagainya... akhirnya dengan sekali lafaz, Diyana Mastura Jaafar, 28, (Ana Dahlia) sah menjadi isteri Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz). Anak kepada Datuk Chef Wan ini dinikahkan tepat jam 12.20 tengah hari tadi, di Kampung Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi kampung yang sama.

Klik untuk imej besar...

Photo: MStar





Untuk info, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dengan mas kahwin RM1001.00 beserta sembilan dulang hantaran.

Antara hantaran tersebut berupa sirih junjung, kain French lace, kek, clutch berjenama Farah Khan, jam tangan Guess, cokelat Patchi, buah-buahan, set haruman Davidoff, kaca mata jenama Gucci.

Manakala Chef Riz menerima 15 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan Guess, i-Pad, BlackBerry, kasut, haruman Davidoff, tali pinggang Gucci, dua pasang persalinan lelaki, clutch Charles& Keith, set penjagaan wajah Biotherm Homme, dua pasang kasut Valentino Rudy.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang diubah pada saat-saat akhir.

"Pastinya, detik ini menjadi satu hari yang bersejarah buat saya dan Riz kerana telah sah menjadi suami isteri," ujar Ana dipetik sebagai berkata. Dia kelihatan anggun dengan persalinan rekaan Fendi dari Butik Syarakim.

"Saya sangat gembira dengan perkahwinan ini dan berterima kasih kepada kakak, Serina yang telah memperkenalkan saya dengan isteri. Saya juga tidak kisah jika Ana memilih untuk terus terbabit dalam bidang lakonan dan saya berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat," ujar Chef Riz pula.

Selepas ini, majlis menyambut tetamu bagi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kampung Sungai Koyan, Pahang pada 18 Disember.






Photo: MediaHiburan



























Photo: Murai

No comments: