11 December 2011

GAMBAR BABY KEDUA INTAN SARAFINA


Intan Sarafina, 29, yang popular dengan lagu Duhai Malam, selamat melahirkan bayi lelaki pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya, Selangor.

Bayi keduanya itu yang diberi nama Megat Israfel Raez, dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.

Megat Israfel Raez - klik untuk imej besar...








"Nama Israfel dipilih kerana membawa maksud malaikat yang meniup sangkakala manakala Raez bermaksud ketua atau pemimpin yang juga merupakan gabungan nama kedua Intan dan suami iaitu Sarafina dan Ezzahuddin," ujar Intan.

Selain itu, nama Raez turut diberikan kepada anak sulung mereka iaitu Megat Evan Raez yang kini berumur dua tahun.

Untuk makluman, Intan telah berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli kira-kira tiga tahun lalu.

Megat Evan Raez - anak pertama...


No comments: