12 March 2020

"APA SALAHNYA CIUM ABANG IPAR?... SAYA MANJA" - CHACHA MAEMBONG


"Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.

"Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je halal, so tak salah kalau kita nak meraikan kebahagiaan itu. Saya happy dengan family saya. Tak ada isu pun timbul dalam family pasal benda ni," ujar Chacha Maembong dipetik sebagai berkata melalui Astro Gempak mengenai isu mencium suami Emma Maembong.





"Pasal gambar tu (cium), it’s a normal gambar. Saya perasan 90 peratus orang, semua buat macam tu tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila gentam saya?

"Saya tak boleh nak komen macam-macam sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup. Sebab apa yang saya buat, kita ni sebagai public figure apa yang kita buat orang akan nampak semua salah kita.



"So, cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa, so i just keep it low," tambahnya mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.

Dalam hal ini, Chacha menyifatkan netizen terlalu negatif mengenai hal berkenaan. Malah katanya tiada salahnya untuk meraikan kebahagiaan lebih-lebih lagi dia baru mendapat abang ipar dan kakaknya yang baru sahaja bergelar isteri.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: