21 October 2011

YASMIN & SHAHRIN SAH SUAMI ISTERI


Shahrin Mohammed Razali Wong sah bergelar suami kepada Yasmin Hani Richardson dengan sekali lafaz setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, Selangor pada pukul 3.45 petang tadi.

Rombongan Shahrin telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Hantaran tersebut termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Klik untuk imej besar...


Sementara Yasmin Hani pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.


Warna tema putih sedondon telah diilhamkan Qamilla dan ditatarias oleh Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Singgahsana pula telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama.

Shahrin sudah pun memiliki dua orang anak, Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya terdahulu.






No comments: