21 November 2011

EZLYNN 'HI HI BYE BYE' KAHWIN PENGURUS


Memang ramai artis dan selebriti kita yang bernikah dengan hanya sekali lafaz!

Antaranya ialah penyanyi terkenal dengan lagu 'Hi Hi Bye Bye' Ezlynn, 30, yang kini sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya semalam dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80, beserta lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Untuk info, Ezlynn dan Adam mula berkenalan pada tahun 2005. Jari manisnya disarungkan sebentuk cincin jade yang dibeli Adam di salah sebuah kedai di Phi Phi Island, Thailand dalam keadaan tergesa-gesa baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...




"Saya tergelak besar bila Adam beritahu yang dia mahu mengahwini saya. Tapi gelak tawa saya itu diiringi air mata. Saya mengangguk tanda setuju dan berkata kepadanya mengapa dia mengambil masa terlalu lama.

"Memanglah kami sudah mengenali satu sama lain lebih enam tahun.Tapi hanya dua tahun kebelakangan ini kami rapat sebagai teman baik dan mula mengenali hati masing-masing," katanya dipetik sebagai berkata.

"Alhamdulillah,hari ini saya berasa sangat gembira kerana hari yang dinanti telah tiba dan semuanya berjalan lancar.

" Jujurnya, selepas kami tetapkan hari untuk bernikah, saya sudah tidak sabar untuk bergelar isteri. Ini adalah pencapaian terbaik bagi seorang wanita," ujar Ezlynn sebaik selesai majlis pernikahannya.

Adam telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang dengan disaksikan oleh Ustaz Muhammad Ridwan Mohd Yunus, Jurunikah Masjid Sg.Penchala. Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Photo: Media Hiburan


Photo: Media Hiburan


Photo : RED photography


Photo : RED photography

No comments: