14 November 2011
ELLIZA AF3 KAHWIN DENGAN PENGURUS
Wahhh... rupa-rupanya ramai juga artis kita yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11 yang lalu. Selain Lan A to Z, bekas peserta Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Razak, 27, turut mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24.
Majlis ala Inggeris, merupakan konsep majlis pernikahan dan persandingan Elliza dan Joe. Elliza menggayakan pakaian tajaan Seni Andaman Mawar Biru dalam persalinan berwarna kelabu cair dan gelap.
“Kami mula berkenalan pada pertengahan tahun lalu selepas diperkenalkan kawan.
"Selepas dua minggu berkenalan, dia menyatakan hasrat untuk bertunang kepada abang saya. Memikirkan apa yang dilakukan itu baik, keluarga saya menerima cadangan Joe dan keluarganya dengan tangan terbuka.
Klik untuk imej besar...
“Saya menerima lamarannya kerana keikhlasan yang ditunjukkan. Sebelum ini tidak dinafikan saya pernah juga bercinta. Malah hubungan berlanjutan sehingga tiga dan empat tahun, tetapi tidak jadi apa-apa.
“Bagaimanapun, Joe tidak begitu. Selepas dua minggu, dia berani mengambil langkah ke hadapan dengan membuat keputusan mahu bernikah. Kami bertunang pada Disember lalu,” kata Elliza dipetik sebagai berkata.
“Lagipun sekiranya keserasian sudah wujud, ia akan memudahkan lagi untuk kami mengharungi hidup berumahtangga. Joe ini nampak saja muda, tetapi pemikirannya cukup matang. Lagipun sepanjang bercinta, ada juga masalah yang timbul, tetapi kami dapat selesaikan dengan cara duduk berbincang.
“Saya juga mengharapkan perkara ini berterusan dan saya sendiri mengharapkan peminat mendoakan perkara yang baik buat kami,” tambahnya.
Sementara bagi Joe pula, dia tidak memutuskan hubungan dengan bekas kekasih semata-mata kerana sudah jatuh cinta dengan Elliza. Dakwanya dia berpisah kerana pendapat dan pendirian berbeza.
“Saya memang mahu kahwin awal, tetapi bekas kekasih mahu menumpukan perhatian kepada beberapa perkara. Kerana itu kami berpisah. Lagipun saya bertemu Elliza selepas hubungan kami berhadapan dengan masalah,” kata Joe.
Pengurus dan juga suami...
“Saya sukakan Elliza kerana dia seorang wanita yang sangat penyayang dan pandai menghargai. Lagipun kami memang ‘klik’ sebagai kawan mahupun kekasih. Rasanya saya sudah bertemu dengan orang yang tepat untuk dijadikan suri hidup, jadi mengapa saya perlu tunggu jika jodoh sudah sampai.
“Lagipun apa yang berlaku antara saya dan Elliza sudah takdir. Kalau saya menolak, tetapi kalau sudah tertulis dalam qada dan qadar, saya tidak boleh elak. Cuma saya mengharapkan keputusan diambil ini akan lebih diberkati dan harap peminat Elliza sendiri mendoakan perkara baik buat kami,” tambahnya.
Elliza ketika bersama AF3...
No comments:
Post a Comment