14 November 2011

ABBY ABADI VS JOYAH & THE GENG


Abby Abadi, janda Norman Hakim yang selalu bikin panas dalam blognya termasuk menyakitkan hati segelintir wartawan yang berkepala batu. Meskipun terpaksa melalui pelbagai suka duka, namun Abby tetap tabah menghadapi pelbagai tohmahan dan maki hamun bersendirian.

Tidak puas dengan tuduhan meroyan, berperangai pelik, minta simpati, membebel dan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati... dia turut dituduh sebagai 'janda terdesak' yang gilakan publisiti.

Ikhlasnya, myartis turut bersimpati dengan nasib Abby. Ini kerana, satu ketika dulu, Abby tidak pernah dikutuk sebegini teruk oleh segelintir wartawan yang kononnya hebat mewakili media hiburan.

Malah Abby juga merupakan artis yang paling hormat pada wartawan. Dia begitu rajin bersalam sambil mencium tangan wartawan sebagai tanda hormat pada mereka.

Dan inilah yang dikatakan, 'langit tidak selalu cerah' dan kadangkala kawan boleh menjadi lawan. Pada Abby dan segelintir wartawan yang hanya berani meluahkan perasaan diruangan 'pojok'... cukup-cukuplah tu dan ingatlah, 'meludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri'!

Jadi untuk hiburkan hati yang duka dan penuh bara, myartis siarkan himpunan gambar lucu Abby Abadi bersama Zul Ariffin dan anak-anaknya. Moga ia dapat menyejukkan hati mereka termasuk Joyah and the geng yang selalu memendam rasa kerana dipenuhi dengan perasan kecewa.

Klik untuk imej besar...












No comments: