14 November 2011

ISU GAMBAR CIUM: "AMPUNKAN SAYA" - NABILA HUDA


Setelah mendiamkan diri gara-gara dakwaan gambar berciumnya, akhirnya Nabila Huda tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi, Jumaat lalu.

“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Nabila dipetik sebagai berkata.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

Bila nasi dah jadi bubur - klik untuk imej besar...



“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya.

Namun persoalannya sekarang, siapakah yang dimaksudkan oleh Nabila 'cuba menganiaya' dan mahu mengaibkan dirinya dan keluarga itu? Mungkinkah 'sang pacar', rakan-rakan separty atau peminat yang terserempak dengannya di Pulau Tioman?

Atau mungkin Nabila sengaja mahu mencari alasan untuk menutup kesalahannya kerana bergambar seperti itu? Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya'... Allahu A'lam..!

Imbas kembali gambar-gambar yang diperkatakan...




No comments: