11 October 2019

PATUTNYA KAMI NIKAH DI THAILAND MINGGU DEPAN - ELLIKA



"Saya dan Amar sudah bercinta sejak September tahun lalu. Kami sepatutnya berkahwin di Thailand minggu depan (11 hingga 13 Oktober).

"Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga! Mulanya, saya tidak memberitahu info yang saya dapat ini kepada Amar,” dakwa wanita yang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amar Asyraf, iitu Ellika Azman.



Tambah wanita itu lagi, sebelum ini ada rakannya memaklumkan kepadanya bahawa Amar sudah mempunyai dua isteri namun dia tidak percaya tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, ia terbongkar apabila dia mendapat tahu isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak.

Sehubungan itu, dia mengakui silap bercinta dengan suami orang dan rela membuka aibnya sendiri kerana mahu Amar lebih bertanggungjawab terhadap keluarganya.

"Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

"Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya! Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu," tegasnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: