11 October 2019

"TERPAKSA & MINTA MAAF" - 'FIZOMAWAR KITCHEN' AKHIRNYA DITUTUP


Restoran Fizomawar Kitchen (FMK) di Bangi dan Kelantan, pelakon Fizo Omar memberitahu dia dan bekas isteri, Mawar Karim telah bersepakat untuk menutup operasinya. Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar: "Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.





"Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu. Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini," kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.

Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka: "Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami. Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf," tambahnya.

Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019. Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: