11 October 2019

KONGSI VIDEO DODOI ANAK KETIKA PANTANG - ELFIRA DIPUJI CANTIK


Pelakon Elfira Loy yang baru sahaja menimang anak sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu ini tidak melepaskan peluang untuk merakam momen indah bersama cahaya matanya ketika sedang berpantang dan muatnaik di laman Instagram puteranya itu.





Dalam video tersebut, Elfira berkongsi saat dia menggendong dan mendodoikan anaknya hasil perkahwinan dengan Faris Kahirol Anuar. Memang manis sekali momen dua beranak ini dan semestinya akan menjadi kenangan terindah dipenuhi dengan kebahagiaan buatnya.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang, Elfira tetap nampak berseri dan cantik hingga dipuji netizen. Difahamkan, Elfira menggunakan khidmat 'confinement lady' ketika berpantang. Mungkin sebab itu kita boleh lihat dia begitu sihat dan terjaga sehingga kecantikannya semakin terserlah.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: