"Masih ada yang tertanya-tanya kenapa saya lambat keluar masa AJL hari itu. Memang saya sengaja lambat keluar sebab itu sebahagian daripada rancangan pasukan untuk menghubungkan persembahan ini dengan jalan cerita dalam video muzik (MV).
"Kemunculan saya yang lambat itu memang disengajakan ya. Bukan terlambat, bukan lupa, bukan kasut terbuka dan bukan juga sebab saya pergi tandas. Tetapi memang tunggu masa yang tepat untuk masuk dalam cerita."
Itulah kata penyanyi Elica Paujin, 27, menerusi satu hantaran di Thr£ads pada Rabu, di mana dia tampil merungkai tanda tanya penonton berhubung tindakannya yang didakwa lambat masuk ke pentas ketika menjayakan persembahan lagu 'Lumangad Oku Dika' nyanyian Ryenald Guntabid di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Elica turut mengulas mengenai konsep persembahan berkenaan, di mana kongsinya, susunan wataknya dibuat selari dengan jalan cerita lagu berkenaan.
"Kalau kamu tengok dalam muzik video, saya sudah pun bersama dengan orang lain. Jadi untuk persembahan ini, saya datang bukan sebagai pasangan, tetapi lebih kepada seorang rakan yang ingin memberi sokongan dari belakang.
"Sebab itu masa bahagian lirik 'menatap bayang wajahmu', dia pusing ke belakang untuk cari saya tetapi saya hanya muncul di bahagian 'biar cinta kita kan tetap selamanya' iaitu tepat sebelum masuk bahagian klimaks lagu," ujarnya.
Selain itu, Elica berkata, simbolik kehadirannya itu menjadi pendorong kekuatan buat Ryenald untuk menyampaikan persembahan berkenaan dengan penuh em0si sehingga habis.
"Maksudnya, walaupun dalam cerita itu saya sudah bersama dengan orang lain, kehadiran saya di situ tetap menjadi satu bentuk sokongan untuk dia. Bila dia tahu saya ada di sana, dia terus ada semangat untuk meneruskan persembahan sampai ke klimaks. Lebih kurang begitulah penceritaannya," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment