31 March 2016

GOSIP - SHARNAAZ AHMAD & NABILA HADIRI KURSUS KAHWIN?



Bukan mudah jadi artis. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, pasti ada sahaja mata yang memandang dan mengambil tahu hal mereka.

Demikian jugalah halnya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini didakwa dilihat menghadiri satu kursus kahwin bersama kekasihnya iaitu kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila, 31.





Malah penampilannya yang telah bertukar menjadi lebih kemas disamping giginya juga telah diputihkan di sebuah pusat pergigian menambah kehangatan gosip tersebut.

"My ups and down.. Sumtimes she gave me up sumtimes down time.. But after all, whats goes down must go up :) tq girl.." ujar Sharnaaz di laman sosialnya.



Untuk info, Noor Nabila pernah berkahwin pada Julai 2013, namun berpisah sejak dua tahun lalu.

Jika benarlah mereka berdua telah menghadiri kursus kahwin, tahniah kami ucapkan.

Moga apa yang dirancangkan nanti akan menjadi kenyataan dan diberkati oleh Allah SWT.






Foto: Sharnaaz IG


         ________________________





No comments: