31 March 2016

TAKZIAH - KANDUNGAN SHARIFAH SAKINAH ALAMI KEGUGURAN



Belum ada rezeki!

Demikian halnya dengan Sharifah Sakinah yang mengalami keguguran baru-baru ini. Bagaimanapun Sakinah dan suaminya redha dengan ketentuan Ilahi dan menganggap bahawa mungkin tiada rezeki lagi untuk mereka memiliki anak.

"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami, Aliff Adha turut berperasaan sama.





"Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama," kata Sakinah sambil memberitahu, doktor memaklumkan tiada apa yang perlu dibimbangkan ekoran insiden berkenaan.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata walaupun bayi terbabit dipinjamkan kepadanya untuk tempoh yang singkat, ia sudah cukup untuk meninggalkan memori indah kepadanya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana ingin meneruskan pengajian di dalam kursus kecerdasan di luar negara.

Namun, tambahnya jika sudah ditakdirkan mereka mendapat anak dalam masa yang terdekat, beliau terima dengan hati terbuka.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: