"Niat saya cuma ingin melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang saya bukan punca kes cerainya itu," demikian kata Faye Kusairi yang meminta Elly Mazlein untuk tampil menarik balik dan memohon maaf kepadanya atas tuduhan dia punca penceraian beliau dan bekas suami, Azmi Hatta.
Kata Faye, dia belum ada masa untuk berbincang dengan peguam mengenai tindakan susulan yang akan diambil selepas kenyataan balas Elly berhubung perkara ini.
"Hal lain pula, anda perlu bertanya dengan peguam saya. Buat masa ini, saya belum ada masa untuk berjumpa atau berbincang dengan peguam lagi. Saya akan fikirkannya nanti.
Selain itu, tambahnya lagi keadaan Elly yang sedang sedih dan tertekan setelah apa yang berlaku, lebih-lebih lagi di dalam tempoh berpantang mungkin membuatkannya senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga menuduhnya sebagai punca penceraian mereka.
Dalam kenyataan yang sama, Faye turut memberi tempoh selama dua bulan kepada Elly untuk menarik balik tuduhan yang dianggap sebagai fitnah kepadanya. Namun kata Faye, jika Elly gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.
Sementara itu, ditanya mengenai sejauh mana hubungan yang terjalin diantaranya dengan bekas suami Elly, Faye berkata bahawa ia hanyalah sekadar hubungan profesional diantara seorang pelakon dan seorang pengarah di lokasi penggambaran drama dan tidak lebih daripada itu.
Sumber: HM
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment