18 April 2016

DAH ADA 'KEKASIH RAHSIA' - STATUS JANDA BUAT IZREEN WASPADA?



"Tak tau sapa yg bagi.. takder kad takder apa.. cuma adik yg tolong hantar ni cakap.. orang yang bagi bunga n roti canai ni pesan.. Breakfast tu penting! Kena makan.. Lagi satu tolong cari sampai jumpa "senyum kucing" tu.. dah lama tak nampak kat muka.. Hurmmm... Senyum kucing??? Mcm taw jer sapa..." begitulah seloroh Izreen Azminda yang nampaknya berseri-seri bila mendapat hadiah bunga daripada 'kekasih rahsia'.

Izreen yang pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga, dilihat mengambil masa lama untuk mengubati kelukaan hati. Mungkin dia ingin melupakan episod hitam dalam hidupnya itu sebelum ini.





Namun terkini, Izreen yang bercerai dengan suami, Muhammad Riza Baharuddin pada tahun lepas, khabarnya sudah temui pengganti baharu. Namun siapa gerangan lelaki tersebut, ramai media dan peminatnya yang masih berteka-teki..

Ini kerana, khabarnya lelaki tersebut adalah seorang yang jauh berusia daripada Izreen. Mereka berdua masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing... mungkin sebab itulah Isreen merasakan masih terlalu awal untuk mendedahkan perkara sebenar buat masa ini.



Lebih menarik, Izreen juga telah memuat naik gambar beberapa jambangan bunga ros di laman Instagramnya.

Nampaknya, rajin benar 'kekasih misteri' tersebut menghantar bunga dan membuat kejutan istimewa buat Izreen. Mesti dia seseorang yang istimewa yang sedang membuatkan hati Izreen berbunga riang. Heh.

Meskipun buat masa ini Izreen belum mengaku yang dia sedang bercinta dengan seseorang, namun ramai yang faham mengapa dia tidak boleh berkongsi tentang gerangan kekasih hatinya itu.



Bukan apa, mungkin dia tidak mahu ia mengakibatkan ada pihak memandang serong kepadanya. Maklumlah, dia seorang ibu tunggal.

Apa-apapun, marilah kita doakan agar jodoh Izreen dipermudahkan oleh Allah SWT. Bak kata orang, gagal sekali bukan berarti gagal selamanya. Tak gitu?


Sumber: Utusan - Foto: Izreen IG


         ________________________





No comments: