19 August 2016

GOSIP SEDIH - ALLY ISKANDAR & FARAH LEE SUDAH BERCERAI?



Tiada angin, tiada ribut... tiba-tiba timbul berita sedih yang mendakwa rumah tangga pengacara TV3 iaitu Ally Iskandar dengan Farah Lee sudah menemui noktah. Mereka berdua dilaporkan sudah bercerai secara baik di mahkamah meskipun mempunyai anak yang comel.

Bagaimanapun, hingga saat ini, mahu Ally ataupun Farah masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan dakwaan rumah tangga mereka sudah berakhir. Namun beberapa keping gambar yang dimuatnaik kononnya melalui Instagram Farah bagaikan memberi bayangan apa yang mereka hadapi itu.





Menurut Farah Lee di Instagram, dia berharap agar permulaan baru yang lebih baik di dalam kehidupannya. Malah para pengikut Instagramnya juga dilihat memberi kata-kata semangat yang tidak berbelah bagi pada Farah.

Lebih meyakinkan mengenai gosip ini, gambar-gambar Ally juga telah 'ghaib' seolah telah dipadam di laman IG Farah.



Untuk info, Ally dan Farah telah bernikah pada Januari 2012. Kami merupakan media pertama yang membongkar rahsia percintaan mereka.

Harapan kita, moga mereka dapat menjelaskan kepada peminat apa yang berlaku dan meneruskan hidup tanpa sebarang teka-teki. Kerana jika benar sudah berpisah, anggaplah ia suratan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.








         ________________________





No comments: