09 January 2012

ISU KAHWIN - AKHIRNYA FARAH LEE MENGAKU..!


EKSKLUSIF...

Tinggal hanya 11 hari sahaja lagi gosip perkahwinan antara Ally Iskandar dan Farah Lee bakal berlangsung. Malah baik Ally mahupun Farah awalnya hanya mendiamkan diri dengan tidak mengiyakan atau menidakkan gosip tersebut.

Bukan sedikit ucapan tahniah telah diucapkan oleh rakan mahupun peminat kedua-dua kekasih 'senyap' ini. Hingga hari ini, rasanya sudah berpuluh ribu ucapan dicatat dalam facebook, blog mahupun laman sembang seluruh negara.

Klik untuk baca...





Dan tiba-tiba hari ini tidak semena-mena farah Lee bagai mengakui gosip pernikahannya itu memang benar dan bukan khayalan semata-mata. Ia berikutan ucapan balas 'terima kasih' daripada Farah selepas ucapan tahniah bertalu-talu diterimanya di laman facebook.

Jika gosip tersebut tidak benar... sudah pasti Farah tidak membalas ucapan tersebut dan akan terus mendiamkan diri. Kini, ia bolehlah dikira 99 peratus benar dan kami di myartis ingin mengucapkan tahniah buat Farah dan Ally di atas perkahwinan yang bakal menjelang itu.



Moga perkahwinan itu nanti akan membawa seribu kebahagian kepada kedua pasangan serasi ini yang sememangnya mempunyai pertalian sejak awal. Insa'Allah..!

No comments: