10 January 2012

BILA GANGSTER MALAYA 'TAKUT' JARUM


Pelik tapi benar..!

Tapi itulah nyang berlaku terhadap pelakon KL Gangster 2, Aaron Aziz, yang mengalami kecederaan ketika pengambaran sambungan filem tersebut. Beliau sememangnya tidak gentar apabila melakukan aksi lasak melibatkan pelanggaran kereta hingga dimasukkan ke hospital kerana cedera, tetapi gentar pada 'benda' lain..

Ini kerana, hero pujaan ramai ini rasa rimas, benci dan gementar bila kena suntik. Bukan sekali, tetapi tiga kali iaitu di bahagian tangan, badan dan punggung..!





"Paling tak best kena injection 3 kali!!! Satu kat tangan, badan & bontot! Semua sebelah kanan!! Benci sgt jarum!!! Tiga pulak tu!!!

"Kalau org lain cucuk dengan jarum memang dah sebat dah. Tapi kalau Doktor yang buat takkan nak tumbuk Doktor tu kan?" Ujar Aaron berseloroh dalam twitternya.

Aikkk... kata Gangster, takkan baru kena suntik dah rasa pucat? Tapi bila tengok dalam filem bukan main hebat Aaron kejar mengejar guna pistol dan senjata merbahaya mengalahkan Bruce Willis dalam filem Die Hard..!

Inilah yang dikatakan... dalam filem apapun boleh jadi, tapi di luar filem 'pijak semutpun tak mati'. Apa-apapun, tahniah diucapkan pada doktor yang 'berani' menyuntik Aaron... terutamanya di bahagian punggung tu..!

Klik untuk baca...


No comments: