10 January 2012

KASUT RM20,000 REKAAN NEELOFA UNTUK EZLYNN


Esok merupakan majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Majlis tersebut bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia akan tambah berseri apabila kasut Ezlynn mendapat sentuhan rekaan khas pelakon Neelofa.

Kasut bernilai RM20,000 itu direka oleh Neelofa hasil bimbingan perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.





"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya dipetik daripada mStar Online.



Menurut Neelofa lagi, sebelum ini dia sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham baru muncul secara spontan kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya.

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Untuk info, Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Photo: mStar Online

No comments: