19 August 2016

AKIM SAHKAN STACY HAMIL



Sempena ulangtahun kelahiran Ummu Syaikhah Stacy Anam yang ke- 26, vokalis kumpulan The Majistret, Akim Ahmad, 25, menerusi laman Instagramnya memaklumkan bahawa isterinya itu kini sedang berbadan dua.

"Selamat ulang tahun kepada isteriku yang tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. Semoga di hari ulang tahun isteriku ini anak dalam kandungan baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin... Terima kasih Allah untuk anugerah terindah di dunia ini," tulis Akim di IGnya.





Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad dan Stacy atas berita gembira ini. Kami doakan semoga dipelihara kesihatan dan segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________











         ________________________





No comments: