19 August 2016

AL-FATIHAH - SUAMI ANITA RAFAR MENINGGAL DUNIA DALAM PESAWAT



Takziah kami ucapkan kepada pelakon, Datin Anita Rafar atas pemergian suaminya, Datuk Zainal Osman Mohd yang meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai pada kira-kira jam 6 pagi semalam.

Adik Anita iaitu pelakon Linda Rafar memberitahu, abang iparnya yang berusia dalam lingkungan 60-an, dipercayai kena serangan jantung ketika berada dalam pesawat.

"Saya kurang pasti punca kematian tetapi ketika ini, jenazah abang ipar dihantar untuk dibedah siasat di Hospital Cooper, Mumbai apabila pesawat terbabit mendarat di India.





"Allahyarham bercuti di Dubai bersama anak bongsunya. Khabarnya, Allahyarham tiba-tiba merasa terlalu sejuk dan jatuh. Abang ipar saya meninggal dunia selepas diberi bantuan pernafasan," kata Linda.

Difahamkan, Kedutaan Malaysia di Mumbai akan membantu proses pengurusan jenazah sehingga pulang ke Malaysia. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Shah Alam.

Anita Rafar yang dulu aktif berlakon, adalah kakak sulung kepada pelakon dan penyanyi, Linda dan Diana.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: