09 March 2017

MESRA DENGAN ELFIRA, 'EX' SUFIAN RASA SEDIH, PATAH HATI



Hati mana yang tidak sedih bila melihat EX boyfriend beriya-iya menghadiahkan 23 kuntum bunga ros untuk pelakon Elfira Loy sempena hari lahir ke-23 aktres itu semalam.

Gosip turut tersebar bahawa mereka berdua bukan hanya akrab, malah sejak akhir-akhir ini sering keluar bersama.

Paling menarik, menerusi catatan di IG Elfira, Sufian didakwa satu-satunya rakan artis yang turut sama menyertai majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur.





Bagi menambah perisa kisah tersebut, Sufian juga dikatakan menjadi insan pertama yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir pada pelakon yang mempunyai kening menarik itu.

Semua episod tersebut telah membuat bekas teman wanita Sufian yang dikenali sebagai Izyan memuat naik emoji menangis dan heartbroken seolah-olah menggambarkan perasaannya menerusi IGnya.





Malah seorang rakan Izyan mendakwa, Sufian seolah-olah sudah melupakan teman wanitanya itu dalam sekelip mata sebaik dia mengecap populariti.

Meskipun sebelum ini Sufian pernah menidakkan gosip cinta dengan Elfira dengan berkata mereka hanya berkawan biasa, namun perkembangan terbaru ini membuat ramai yang kurang yakin dengan kenyataannya itu.

Bak kata pepatah, bangkai gajah yang disorokkan bawah karpet pasti akan ketahuan juga. Tak gitu?




Sumber: MNH



         ________________________





No comments: