10 March 2017

13 FOTO: "SIBUK 'BERPERANG' SAMPAI LUPA BIRTHDAY ANAK" - ELLY MAZLEIN



Selamat menimang cahaya mata pada 9 Mac tahun lalu (2016), kini usia cahaya mata Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia genap satu tahun.

Bagi meraikan anak hasil perkahwinan dengan pengarah Azmi Hatta, sebuah majlis sambutan hari lahir telah diadakan petang semalam oleh Elly.

Sekali lagi dan seperti biasa masih tidak kelihatan kelibat bekas suami Elly. Terkilan dengan sikap Azmi, Elly menganggap beliau sengaja melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Klik untuk gambar besar




"Saya anggap dia pergi 'berperang' sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada. Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup.

"Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa. Mungkin dia sudah lupa anaknya kini setahun. Saya sengaja tak menjemput dia ke majlis sebab ada atau tidak, sama sahaja. Patutnya sebagai bapa dia tahu, takkan kena ingatkan," katanya.

Terdahulu, Azmi tidak menghadirkan diri ke majlis aqiqah Sefhia yang diadakan awal Febuari lalu walaupun sudah dijemput. Disebabkan itu segala urusan dan persiapan majlis tersebut diuruskan Elly sendirian. Mungkin juga Elly sudah serik dengan kejadian itu dan membuat keputusan untuk tidak menjemput bekas suaminya lagi ke majlis hari jadi.
























Sumber: Utusan
Foto: @fem.elly



         ________________________





No comments: