10 March 2017

BAPA PERLU JALANI PEMBEDAHAN - ELYANA RASA TERKEJUT



Bapa kepada penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal , 30, bakal menjalani pembedahan setelah dimasukkan ke hospital selepas tiga hari mengalami demam biasa.

Elyana ketika dihubungi mengakui dirinya itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa bapanya itu perlu menjalani pembedahan selepas deman biasa.

Difahamkan, bapa Elyana perlu menjalani pembedahan itu bagi mengeluarkan sejenis cecair di wajah dan lehernya.

Klik untuk gambar besar




"Sebenarnya bapa saya sudah mula demam selama tiga hari lalu dan doktor di klinik meminta kami merujuk bapa saya ke hospital.

"Saya terkejut apabila pihak hospital memberitahu bapa saya perlu ditahan dan dibedah kerana ada kumpulan nanah di wajah dan lehernya yang perlu dikeluarkan.

"Namun doktor sedang membuat rawatan susulan dahulu kerana bapa saya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kami sekeluarga masih menunggu keputusan doktor," jelasnya.



Penyanyi lagu 'Kalis RIndu' itu dilihat berkongsi fotonya bersama bapa yang terlantar sakit di hospital di Instagram miliknya.

Elyana yang sedih melihat keadaan bapanya itu berharap agar bapanya segera sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

"Sedih sangat sebab bapa saya seorang yang kuat dan tidak pernah di masukkan ke hospital. Saya harap bapa saya cepat sembuh kerana terus-terang kami adik-beradik lemah melihat keadannya sebegitu dan jika terjadi apa-apa kepadanya saya akui tidak boleh hidup tanpanya," katanya.




Sumber: Astro Gempak
Foto: Elyana IG



         ________________________





No comments: