27 December 2019

"TAK ADA NIAT LANGSUNG CARI PERHATIAN ATAU RAIH SIMPATI..." - PRAMUGARI


Baru-baru ini, seorang pramugari telah membuat luahan mengenai kecederaan yang dialaminya gara-gara perbuatan juruterbang yang juga suami kepada pelakon Farah Nabilah iaitu Mohammed Amirul Yunus. Cerita wanita yang dikenali sebagai Bie Ismail itu, dia hanya terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan, Pahang untuk menunggu penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.





Bie berasa terkejut apabila luahannya di laman sosial menjadi tular memandangkan pada awalnya dia tidak mengetahui Amirul adalah suami kepada Farah. Bagaimanapun, pramugari tersebut memberitahu luahannya itu bukan dibuat untuk mendapatkan perhatian atau meraih simpati.

"Sejujurnya saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati daripada mana-mana pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi. Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula.

"Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul akan berkahwin dengan seorang selebriti. Saya hanya meluahkan perasaan saja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, seorang individu menerusi Twitter mendakwa Amirul adalah juruterbang yang menutup pintu van sehingga jari rakannya tersepit sehingga mengalami kecederaan. Manakala menerusi InstaStory Bie memberitahu kemalangan itu menyebabkan dia tidak dapat bertugas selama lebih dua bulan disebabkan urat jarinya koyak dan kuku rosak.

Dalam pada itu, Bie menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul. Kata Bie, dia tidak meminta Amirul untuk bertanggungjawab namun berharap lelaki itu berfikir mengenai apa yang berlaku pada dirinya: "Saya tidak minta dia bertanggungjawab atau minta duit darpada dia pun tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi pada saya".

Majlis perkahwinan Farah dan Amirul yang berlangsung pada 20 Disember lalu masih menjadi perbualan netizen di laman sosial. Selain memuji penampilan, Farah, 27, yang mengenakan busana ringkas serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, hantaran sebanyak RM77,777.77 turut menarik perhatian netizen.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: