27 December 2019

"KALAU DAH MELEKAT, SAYA TERPAKSA BUANG OVARI....." - MAWAR RASHID


Berkongsi kisah sedih apabila dia disahkan menghidap sista pada ovari kirinya (ovarian cyst) selepas melahirkan anak pertama pada Mac lalu, pelakon Mawar Rashid, 24, berkata hasil pemeriksaan terkini mendapati saiz cyst kini sudah membesar sehingga mencecah 4.5 sentimeter.





"Saya dapat tahu ada cyst pada ovari kiri selepas melahirkan anak pada Mac lalu. Ketika itu, saiznya hanya berukuran lebih dua sentimeter sahaja. Doktor kata normal bagi wanita bari lepas beranak ada cyst dan ia akan hilang sendiri tapi kena sentiasa pantau sebab takut semakin aktif.

"Jadi, setiap bulan saya buat pemeriksaan dan sekarang, saiznya sudah mencecah 4.5 sentimeter," kata pelakon drama 'TQ Captain' itu yang sebelum ini meminta nasihat darpada netizen yang mempunyai pengalaman berhadapan masalah yang sama dengannya di laman Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia dinasihati untuk menjalani pembedahan membuang cyst berkenaan jika sudah melebihi lima sentimeter. Doktor yang merawatnya turut memaklumkan ada kemungkinan besar ovari Mawar perlu dibuang jika sista itu dibiarkan dan menjadi semakin besar.

Klik untuk gambar besar


"Doktor ada suggest, kalau dah lima sentimeter kena buat pembedahan membuangnya tapi kalau tidak, cyst akan membesar dan melekat pada ovari. Kalau dah melekat, saya terpaksa buang ovari dan itu yang paling saya takut. Kalau boleh saya memang tak nak lakukan pembedahan.

"Sebab itu, saya ada bertanya pendapat di IG dan ramai yang beri cadangan untuk permulaan ini saya kena jaga pemakanan. Buat masa kini, saya nak cuba cara lain, mungkin berubat secara tradisional. Kalau lagi dua bulan tak okey, saya akan teruskan pembedahan itu," ujarnya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: