29 November 2011

PERKAHWINAN VENESSA CHONG & MOOTS PS


Melihat perkahwinan ini, teringat myartis pada iklan ala 1 Malaysia yang melibatkan keluraga Cina dan India yang menyebut nama 'mutusamy kalarupiah anne'! Iklan tersebut memang menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang ingin hidup harmoni dalam negara berbilang bangsa.

Nah sekarang perkahwinan antara Vanessa Chong (kakak Vince AF1) dan Moots dari Pop Shuvit ini merupakan contoh terbaik ke arah penyatuan bangsa. Upacara perkahwinan tradisional India yang diadakan di Dewan Kalamandabam di Brickfields dan perkahwinan Kristian yang diadakan di Bali telah menyatukan dua jiwa.

Lebih menarik, acara perkahwinan itu turut dimeriahkan oleh tetamu dari pelbagai negara seperti UK, Jerman, Australia, Hong Kong, Thailand, Jepun, Filipina dan Singapura.

Untuk Vanessa dan Moots, selamat berbahagia myartis ucapkan..!

Klik untuk imej besar...










































Gambar Ihsan Vanessa Chong;
Photos oleh Iwan Photography dan Rudy Lightroom

No comments: