29 November 2011

ANANG LAMAR ASHANTY ATAS KAPAL


Penyanyi Ashanty menerima kejutan besar ketika bercuti di Beijing, China apabila kekasihnya Anang Hermansyah (Bekas suami Krisdayanti) melamarnya untuk berkahwin. Difahamkan, percutian tersebut turut disertai oleh anak Anang iaitu Aurelle dan Azriel.

"Waktu itu saya sedang berbual dengan Aurelle dan tiba-tiba dia (Anang) datang dan menghadiahkan cincin kepada saya," kata Ashanty dipetik sebagai berkata kepada media.




"Kejutan itu bukan sahaja membuatkan saya merasa bahagia malah Anang juga memberikan cincin itu di atas kapal yang menimbulkan suasana romantik.

"Sudah pasti saya merasa gembira kerana dia mengotakan janjinya untuk mengahwini saya dan akhirnya ada juga seseorang yang akan melindungi saya setiap hari nanti," tambah Ashanty.

Difahamkan, persiapan perkahwinan sudah dilakukan dan mereka hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja untuk melangsungkan perkahwinan.

"Kini hanya tinggal untuk menanti Anang datang ke rumah dan bertemu dengan keluarga besar saya", ujar Ashanty.

No comments: