29 November 2011
7 HARI KAHWIN - HATTAN NAFI BERCERAI
Disebabkan gosip 'terlampau' seorang wartawan hiburan akhbar arus perdana yang mendakwa penyanyi Hattan sudah bercerai talak tiga selepas hanya berkahwin tujuh hari, Hattan akhirnya 'meletop' dan menyembur kembali wartawan terbabit.
Kata Hattan, meskipun wartawan 'gemuk pendek' itu tidak menyebut namanya secara terang, namun dia dapat merasakan ia ditujukan kepadanya.
Hattan nafi bercerai - klik untuk imej besar...
Photo The Photographer
“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga, suka hati dia... walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” ujar Hattan dipetik sebagai berkata melalui Rotikaya.
Dan sebagaimana kontroversi Yasmin Hani yang tidak mengundang wartawan 'gemuk pendek' itu ke majlis kahwinnya, Hattan juga mendakwa dia diburuk-burukkan dalam gosip akhbar kelolaan wartawan tersebut kerana tidak mengundang beliau ke majlis perkahwinannya.
Tambah Hattan, hanya wartawan 'gemuk pendek' itu sahaja yang tidak diundangnya berbanding wartawan-wartawan lain yang pandai menghormati artis. Tambahan pula, tanya Hattan, siapalah wartawan itu yang mahu disanjung-sanjung bagai VIP layaknya?
Kesimpulannya, wartawan 'gemuk pendek' yang dimaksudkan oleh Hattan itu sememangnya sering mencetuskan kontroversi yang melampaui bidang tugasnya. Jika ini berterusan, ia kemungkinan akan menyebabkan maruah segelintir wartawan lain turut akan tercemar kerana 'nila setitik' yang membuat onar.
Saat perkahwinan Hattan beberapa hari lalu...
Photo The Photographer
Sebagai wartawan, mereka seharusnya membuat penyiasatan teliti dan mengetengahkan bukti sahih sebelum membuat sebarang 'gosip panas'. Jangan hanya kerana mahu memenuhkan kolum gosip yang tak seberapa... artis yang tidak bersalah menjadi mangsa... Tak gitu??
No comments:
Post a Comment