20 November 2011

MICHELLE MELODI KINI SAH ISTERI DEQWAN


Dengan sekali lafaz, Dalili Michelle Wee Abdullah, wartawan Melodi TV3 sah menjadi isteri Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin sebentar tadi. Pernikahan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung oleh Melodi.

Sebelum bernikah, Dalili yang berasal dari Sarawak telah memeluk Islam pada 27 Julai lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesudah mendapat hidayah. Selain diajar oleh mentuanya, Deqwan turut membelikan Dalili beberapa buku agama sebagai panduan mempelajari agama Islam.

Klik untuk imej besar...




Dalili menerima wang hantaran RM8888.88, mas kahwin RM300 dan hantaran lima dulang berbalas tujuh.


Gambar petikan Melodi



Nasi Goreng Cina - Deqwan (Remaja TV9) & Dalili Michelle (Melodi)


No comments: