Menerusi satu kenyataan di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, pendakwah bebas, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus dikhabarkan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah. Abdul Hadi turut mengajak seluruh umat Islam agar mendoakan kesihatan Ismail agar beliau dapat terus berbakti pada masyarakat.
"Buat masa ini Tuan Guru masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di ICU, Hospital Kuala Lumpur," katanya di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.
Ismail, 72, yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Astro Awani & Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
________________________

No comments:
Post a Comment