05 May 2020

BILA ZULIN AZIZ DAPAT TAWARAN FILEM TAMIL, KOLLYWOOD


Bagi siapa yang sering mengikuti laman media sosial Zulin Aziz pasti mengetahui bahawa selebriti itu sering memuatnaik pelbagai video kelakar untuk hiburan pengikutnya. Tambahan pula, Zulin juga sering melakukan pelbagai sedutan parodi filem daripada pelbagai negara terutamanya genre Bollywood hampir saban hari.





Bahkan bukan rakyat Malaysia sahaja terhibur malahan video kreatif Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, pernah mendapat perhatian Arjun Rampal suatu ketika dahulu apabila tanpa sengaja terlihat salah satu sketsa Bollywoodnya itu.

Kini, rezeki nampaknya telah mengetuk pintu apabila dia dikhabarkan menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Tamil. Berita baik itu sendiri telah dikongsi oleh Zulin menerusi laman Instagram miliknya.

Gembira dengan berita tersebut, Zulin nampaknya dah tanam impian untuk bertemu muka dengan pelakon popular Tamil iaitu Rajnikanth: "Punyalah aku buat video dengan pelakon Hindustan, sekali dapat tawaran filem Tamil. Lepasni nak parodi Chandramukhi lah hehe... Ada peluang tak jumpa Rajnikanth? @ayra_nasir," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam posting tersebut, Zulin berkongsi paparan mesej yang diterima pengurusnya, Ayra Nasir berhubung tawaran untuk menceburi industri Kollywood: "Dear Ayra, Assalamualaikum. Saya menghubungi anda ini berhubung pertanyaan mengenai call sheet (jadual penggambaran) Zulin Aziz untuk filem Tamil. Kollywood. Boleh sertakan alamat email agar kita boleh berbincang lanjut mengenainya sekiranya berminat," tulis individu berkenaan.

Perkongsian Zulin itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya dan juga rakan artis yang lain. Rata-rata teruja mendengar dan melahirkan rasa cemburu dengan perkhabaran Zulin akan melangkah masuk ke industri Kollywood. Mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada wanita itu.

"Rezeki ni sis.. mula dengan Kollywood lepas ni pergi ke Bollywood. - "Go for it please!! Sis, Aishwarya Rai, Shah Rukh Khan pun berlakon Tamil gak," tulis sebahagian netizen.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: