Showing posts with label drama dan filem. Show all posts
Showing posts with label drama dan filem. Show all posts

16 February 2017

HARI INI BERMULA TAYANGAN SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2



Filem paling laris di Indonesia, 'Surga yang Tak Dirindukan' (#SYTD) yang berjaya meraih 2 juta tontonan di pawagam kembali menemui penonton dengan sekuel keduanya pada hari ini (16 Februari 2017) di Malaysia.

Filem yang diangkat dari novel popular, #SYTD2 hasil karya novalis Asma Nadia ini bukan sahaja memaparkan jalan cerita penuh perasaan, malah ia turut didukung dengan watak-watak yang dibintangi oleh pelakon blockbuster Indonesia seperti Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon Malaysia, Nora Danish dan ramai lagi.



07 June 2016

DRAMA BERSIRI 'BUKAN KERANA AKU TAK CINTA' KINI DIFILEMKAN



Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang bersiaran menerusi saluran Mustika HD dan Bella pada tahun 2013 di Astro, kini diangkat ke layar perak menerusi tajuk 'JEBAT'.

Barisan pelakon utamanya seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose masih dikekalkan. Mereka berdua akan dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Peter Davis (bintang Mixed Martial Art (MMA)), Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy. Idris Khan, Louisa Chong, Yap Chin Fong dan Rahhim Omar.



28 April 2016

ASTRO SHAW LANCAR NOVEL GRAFIK 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI'



Semalam, Astro Shaw dan Gempak Starz telah melancarkan novel grafik terbaharu yang diadaptasi dari filem terbitan Astro Shaw yang berjudul 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI' di Gallery @ Kadokawa Gempak Starz, Bandar Tasik Selatan.

Turut hadir ialah pelakon Izzue Islam, pengarah Faizal Ishak, pengarang Tadatada dan beberapa tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis.



23 December 2015

22 GAMBAR - SEKITAR MALAM GALA TAYANGAN FILEM 'LANGIT CINTA'



Nampaknya sejak kebelakangan ini, filem-filem terbitan Astro Shaw boleh dikatakan amat berjaya dari segi kutipan box office hingga mampu menenggelamkan beberapa penerbit filem lain.

Contohnya, filem Polis Evo baru-baru ini telah berjaya mencatat sejarah apabila mengutip lebih RM17.30 juta, 'The Journey’ pula pernah meraih RM17.28 juta, manakala sebelum itu filem Ombak Rindu mengutip RM15 juta.

Bagi meneruskan kesimbungan kejayaan Astro Shaw itu, terkini Osman Ali kembali dengan sebuah lagi filem terbaharu berjudul 'Langit Cinta' yang membariskan pelakon hebat seperti Nur Fazura, Keith Foo, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.



04 September 2015

HYPPTV LANCAR DRAMA BERSIRI TERBAHARU, 'SI MONTEL'



HyppTV dan A. Aida Production Sdn Bhd semalam secara rasminya telah melancarkan drama bersiri baharu berjudul ‘Si Montel’ yang akan disiarkan secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV kepunyaan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Untuk info, drama tersebut diarahkan oleh Nuad Hj. Othman, dan dibintangi oleh Nor Syuhada yang memegang watak utama 'Tipah Montel'. Pelakon lain yang memerihkan drama ini ialah Azrel Ismail, Adibah Yunus, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Janna Nick, Syawal dan Keena Mentor.

Drama 'Si Montel' telah dilancarkan dengan rasminya oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama A. Aida, di Menara Kuala Lumpur (MKL).

Klik gambar untuk size besar


31 July 2015

BILA UMIE AIDA & ERMA FATIMA 'BERPERANG'



Siapa sangka hubungan baik adik beradik antara sutradara Erma Fatima dan adiknya, Datin Umie Aida dalam diam-diam rupa-rupanya berantakan.

Memang diakui kedua-duanya berbakat besar dalam industri seni namun apa yang menjadi punca kepada keadaan tersebut bukan iri hati dengan bakat masing-masing tetapi kerana persaingan dan usaha mereka dalam memasarkan produk kecantikan masing-masing.

Namun itu bukan realiti kerana perang mereka hanyalah di dalam drama rantaian terbaharu TV3 yang bermula semalam 29 Julai setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam berjudul Mak Cun.

Klik gambar untuk size besar


10 July 2014

WATAK WANITA DALAM 'MAT TUDUNG' - FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM SEDIA TERIMA KRITIKAN



Bertudung hanya berniat untuk memberi pengajaran berguna kepada penonton! Demikian kata Fizz Fairuz apabila diajukan soalan mengenai watak terbarunya sebagai wanita dalam filem 'Mat Tudung' terbitan ShowBiz Productions.

Artikel terdahulu:

Menurut Fizz, meskipun ada segelintir pihak mempertikaikan watak yang dibawanya termasuk ada yang menyifatkannya haram, namun dia meminta pihak terbabit menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.



20 May 2014

BILA FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM JADI 'MAT TUDUNG'



Showbiz Productions yang terkenal dengan filem Melayu lain dari yang lain seperti 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan 'Ular', kini membuka tirai 2014 dengan sebuah filem komedi berjudul 'Mat Tudung'.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem 'Hantu Tok Mudim') menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.



05 May 2014

DRAMA SIRI - GANDINGAN FARALYNA & SYARUL DALAM 'FAJAR AIMAN'



Melalui Slot Azalea TV3, sebuah drama bersiri terbaharu iaitu 'Fajar Aiman' terbitan Suhan Movies akan menemui penonton mulai hari ini (setiap hari Isnin hingga Khamis) jam 4.00 petang.

Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie).



24 December 2013

INFO SANA SINI - 'CHIKARO', FILEM TERAKHIR 2013



Selepas mengeluarkan filem bergenre komedi seram 'Hantu Tok Mudim' dan creature feature 'Ular', Showbiz Productions bakal menayangkan filem terakhir penutup tirai tahun 2013, iaitu 'Chikaro' yang bergenre chick flick atau lebih dikenali di Malaysia sebagai romantik komedi.

Filem arahan Nizam Zakaria (yang sebelum ini mengarah filem 'Cinta Kura-Kura' dan 'Kahwin 5') menggandingkan ramai pelakon berbakat iaitu Izzue Islam, Adleena Nordin dan Izara Aishah, Adam AF2, Tasha Shila, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus AF8 dan ramai lagi.


26 November 2013

INFO - 'JALAN PINTAS' KE FESTIVAL FILEM ASIA JOGJA-NETPAC 8


Filem drama kehidupan sosial, JALAN PINTAS telah dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke 8 pada 29 November hingga 7 Disember 2013. JALAN PINTAS merupakan satu-satunya filem yang dipilih manakala filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari dipilih sebagai filem pembukaan.

JALAN PINTAS tidak dipertandingkan dalam festival tersebut kerana melangkaui pembikinan filem tersebut yang dibuat pada 2009 dan pernah ditayangkan sebagai filem perdana Malaysia di 9th Freedom Film Fest pada tahun 2011 dan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (PIFAN) ke 16 pada 19 hingga 29 Julai 2012.


22 November 2013

'HANTU TOK MUDIM' MENGAMUK DI PAWAGAM


Sebuah lagi filem bergenre seram komedi iaitu 'Hantu Tok Mudim' telah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu yang berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan. Semuanya gara-gara hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut, cerita tentang bersunat bukanlah mahu menakutkan kanak-kanak kerana ia bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain juga turut mempercayai kaedah bersunat baik untuk anak mereka.


08 November 2013

INFO - DRAMA WEB BERSIRI 'SWEETHEART FANTASIA'


SILKYGIRL dan SG Men hari ini mengumumkan pelancaran sebuah lagi siri web “SweetHeart Fantasia” hasil kerjasama bersama Tonton yang akan ditayangkan mulai 11 November 2013. Siri web ini diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT.

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik. Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing.


21 October 2013

ANTARA BERCINTA DAN ENOUGH


Baru-baru ini kami berkesempatan menonton filem 'Bercinta' lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Filem tersebut mengisahkan Nora bercinta dengan Farid dan kemudiannya berkahwin. Namun, rumah tangga mereka dilanda badai hingga Farid mengasari, memukul dan memburu Nora akibat perasaan benci.

Bagaimanapun, bila menonton filem ini sampai akhir, ia dilihat mempunyai banyak persamaan dengan filem Enough lakonan Jennifer Lopez. Babak memukul, belajar seni mempertahankan diri dan akhirnya beradu tenaga dengan suami kerana tidak tahan dibuli agak menonjol samanya.


22 August 2013

KAMI HISTERIA - BAKAL GEGAR PAWAGAM


Rasanya, jarang kita dapat menonton sebuah filem yang memuatkan ramai heroin popular seperti Diana Danielle, Nur Fazura, Mila Jirin dan ramai lagi. Filem yang berjudul 'Kami Histeria' itu khabarnya digarap dengan teliti hingga mengambil masa panjang untuk disiapkan sebelum bakal ditayangkan pada 2013 ini.

Bayangkan... sebuah filem yang dibayangi hantu cantik seperti Fazura, pastinya ia bakal membawa kelainan yang menghiburkan. Tambah berlainan apabila penyanyi Mila Jirin yang memegang watak Ain diberi peranan sebagai gadis yang banyak cakap hingga membuat orang menyampah!

Klik untuk imej besar...

02 April 2013

FILEM BARU - PAKU SAINGI TWILIGHT?


Filem seram terbaru lakonan Johan Asaa'ri yang berjudul 'Paku'. Untuk info, cerita yang dipaparkan khabarnya lebih kuat daripada filem twilight, iaitu mengetengahkan percintaan yang tulus serta kisah seram yang menarik.

Anda boleh menonton trailernya melalui Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=DDZrtx6R3hY



14 June 2012

DRAMA TERKINI - HELL ON WHEELS


Hell on Wheels siri drama epik baru mengenai era Western Amerika, akan disiarkan secara eksklusif di Sundance Channel bermula 21 Julai pada jam 10:00 malam. Kesemua 10 episod itu disiarkan selama satu jam menceritakan kisah pembinaan landasan kereta api merentas benua pada era pasca Perang Saudara Amerika, sekitar tahun 1865.

Siaran perdana Hell on Wheels di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan di rangkaian AMC – saluran seinduk Sundance Channel – telah berjaya menarik 4.4 juta penonton, menobatkannya sebagai siaran perdana siri asal yang kedua tertinggi dalam sejarah rangkaian ini. Sundance Channel HD boleh ditonton melalui Astro B'yond di saluran 438.

Klik untuk imej besar...


11 January 2012

BUNOHAN DI FESTIVAL FILEM ROTTERDAM


Filem aksi-drama Malaysia, BUNOHAN telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdananya di benua Eropah bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dari 25 Januari hingga 5 Februari 2012. Rotterdam adalah salah satu pusat yang menerajui festival-festival filem terbesar di dunia yang berjaya menarik 340,000 pelawat pada tahun 2011.

BUNOHAN, ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, yang dipaparkan di dalam seksyen Spektrum seiring dengan pengarah-pengarah hebat dunia termasuk Takashi Miike (Ace Attorney), David Cronenberg (A Dangerous Method), Aki Kaurusmaki (Le Havre), Garin Nugroho (The Blindfold) dan Andrea Arnold (Wuthering Heights).



29 December 2011

KUTIPAN FILEM MALAYSIA SEPANJANG 2011


Filem manakah yang menjadi juara dan mendapat kutipan paling tinggi sepanjang 2011? Dan filem manakah yang sekadar 'melukut di tepi gantang' apabila kos pembikinan tidak balik modal hingga memaksa mereka 'gulung tikar'?

Mungkinkah pada tahun 2012 nanti, akan lebih banyak produksi perfileman yang bakal menjadi jutawan dan lebih banyak juga yang menjadi bangkrap? Untuk menilai prestasi mereka, jom kita lihat senarai yang dikeluarkan oleh Finas sehingga 22 Disember lalu.



24 December 2011

JOHAN & UMIE AIDA BERGELEK DI TASIK TITIWANGSA


Selepas berpasangan dengan Fasha Sandha dan Nabila Huda, kini hero pelapis yang menyerlah tahun ini, Johan As’ari berpasangan pula dengan Umie Aida. Amacam... sesuai ke gandingan mereka berdua ni?

Untuk info, Johan dan Umie digandingkan oleh Erma Fatima dalam Telefilem 'Ajaibnya Cinta' untuk slot Cerekarama di TV3 hari ini jam 10 malam. Drama komedi ini menemukan Umie dan Johan buat pertama kalinya dalam sebuah drama yang mengisahkan gelagat perempuan berusia apabila bercinta dengan orang muda atau istilah yang digunakan generasi muda, 'anak ikan'.

Telefilem ini turut dibintangi pelakon Anzalna, Qi, Anne Abdullah dan Nadia Nissa. Jom kita tengok aksi Johan dan Umie di Taman Tasik Titiwangsa yang penuh warna dan gelek menggelek..!