21 October 2013

ANTARA BERCINTA DAN ENOUGH


Baru-baru ini kami berkesempatan menonton filem 'Bercinta' lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Filem tersebut mengisahkan Nora bercinta dengan Farid dan kemudiannya berkahwin. Namun, rumah tangga mereka dilanda badai hingga Farid mengasari, memukul dan memburu Nora akibat perasaan benci.

Bagaimanapun, bila menonton filem ini sampai akhir, ia dilihat mempunyai banyak persamaan dengan filem Enough lakonan Jennifer Lopez. Babak memukul, belajar seni mempertahankan diri dan akhirnya beradu tenaga dengan suami kerana tidak tahan dibuli agak menonjol samanya.




Bukan apa, rasanya sudah lama kita tidak dihidangkan dengan filem yang boleh dianggap sebagai 'meniru' karya orang lain. Kerja yang seperti ini biasanya banyak dilakukan oleh filem-filem Tamil dan Bollywood yang ketandusan idea untuk berkarya.

Dalam hal ini, mungkin ia hanya satu persamaan yang tidak disengajakan. Seperti alasan kebanyakan pengarah dan penerbit filem kita sebelum ini, ia hanya satu kebetulan sahaja. Alasan yang kadangkala merendahkan martabat filem tempatan!

Kesimpulannya, bukankah kita sering berkata... filem kita wajah kita?  Jadi, di mana silapnya!







No comments: