28 April 2016

ASTRO SHAW LANCAR NOVEL GRAFIK 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI'



Semalam, Astro Shaw dan Gempak Starz telah melancarkan novel grafik terbaharu yang diadaptasi dari filem terbitan Astro Shaw yang berjudul 'ALIFF DALAM 7 DIMENSI' di Gallery @ Kadokawa Gempak Starz, Bandar Tasik Selatan.

Turut hadir ialah pelakon Izzue Islam, pengarah Faizal Ishak, pengarang Tadatada dan beberapa tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis.





Novel grafik tersebut telah mendapat sentuhan karya idea Tadatada dan diterbitkan oleh KADOKAWA GEMPAK STARZ. Ia akan berada di pasaran seluruh Malaysia mulai bulan Mei 2016.

Untuk info, pada tahun ini Astro Shaw bakal tampil dengan filem bertajuk Aliff Dalam 7 Dimensi. Filem arahan Faisal Ishak itu menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Juliana Evans, Alif Satar, Kaka Azraff dan ramai lagi.


Foto: Astro Shaw

GAMBAR LAIN - KLIK DI SINI



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...