27 April 2016

DURIAN RUNTUH - 'PERKAHWINAN' TAUKE JAMBU DAPAT BANYAK TAJAAN



Dapat rezeki terpijak!

Itulah kesimpulan perkahwinan pelawak Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria apabila banyak pihak mahu menjadi penaja meskipun belum menetapkan tarikh  perkahwinannya lagi.

"Alhamdulillah setakat ini memang ada yang email sudi untuk taja pelamin, jurukamera, baju kahwin dan jurusolek. Cuma saya tunggu masa yang sesuai untuk pilih tarikh perkahwinan sahaja. Insya Allah dalam tahun ini juga," ujar Tauke yang sebelum ini selamat bertunang dengan kekasihnya Nadia.





"Sebelum ada kata putus atau menerima sebarang tajaan, saya akan buat perbincangan di antara dua belah pihak. Saya tak boleh sesuka hati terima sahaja tanpa capai sebarang persetujuan.

"Sekurang-kurangnya tidak akan timbul sebarang masalah sehingga timbul rasa tidak puas hati," tambah Tauke yang tidak mahu ada sebarang salah faham di hari perkahwinannya kelak.



Apa yang menarik, Tauke mahu mengadakan majlis perkahwinannya nanti secara besar-besaran. Mungkin bagaikan 'wedding of the year' agaknya. Heh.

"Insya-Allah saya akan jemput semua ahli keluarga, kenalan, teman media dan peminat untuk hadir dan meraikan majlis perkahwinan saya. Saya tak mahu nanti ada pula yang berkecil hati sebab tak dijemput," jelasnya kepada Astro Gempak.


Foto: Tauke IG


         ________________________





No comments: