27 April 2016

BERJAYA PERJUANGKAN HAK - RITA RUDAINI LUAH RASA SYUKUR



Akhirnya segala usaha Rita Rudaini, 40, memperjuangkan hak anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5, selama ini berhasil apabila bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak, 29, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah untuk membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepadanya.

Tiada apa yang mampu dilafazkan oleh anak kelahiran Kangar, Perlis ini diatas kemenangan tersebut selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah.





Tegas Rita yang menghidap demam denggi sebelum ini, wang ringgit bukanlah keutamaan perjuangannya turun naik mahkamah selama ini sebaliknya apa yang dilakukannya selama ini adalah semata-mata kerana menuntut keadilan untuk diri sendiri dan anak-anaknya yang dizalimi sebelum ini.

Selain nafkah tertunggak, hakim turut memerintahkan Aidil untuk membayar kos guaman yang ditanggung oleh Rita sepanjang perbicaraan kes berkenaan dijalankan. Aidil diberikan tempoh selama 45 hari bermula semalam untuk menyelesaikan kedua-dua bayaran tersebut.

Tahniah kami ucapkan buat Rita!


Sumber: UM


         ________________________





No comments: