27 April 2016

PATAH KETIKA MAIN BOLA - BAHU TOMOK KINI BERANSUR PULIH



Pada 23 Oktober tahun lalu, Tomok atau sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah mengalami patah dibahagian bahu kiri akibat terjatuh ketika bermain bola.

Terkini, Tomok menerusi laman Instagram memuatnaik gambar x-ray dan menjelaskan keadaan tulang bahu kirinya yang telah bersambung dan akan menjalani pembedahan pada bulan enam untuk mengeluarkan besi di dalam.





"Alhamdulilah.. tulang kat bahu dah bersambung.. bulan 6 buat operation keluarkan besi tu.. semoga di permudahkan untuk aku nanti," ujar Tomok di laman IGnya.

Kami doakan semoga Tomok cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan. Amin.









         ________________________





No comments: