26 April 2016

PENERBIT BARU DIDAKWA JADI PUNCA RATING RUNNING MAN MERUDUM



Sungguh menyedihkan apabila laporan Nielsen Korea TV Audience Measurement, melaporkan bahawa rancangan variasi popular Running Man telah mencatatkan kadar rating yang agak rendah dan berada di kedudukan terakhir berbanding lima program variasi yang lain seperti ‘2 Days and 1 Night’ dan sebagainya.

Semuanya gara-gara penonton setia rancangan tersebut mula meluahkan rasa bosan setelah menonton episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ baru-baru ini.





Dakwa mereka, episod tersebut adalah antara yang terburuk pernah ditonton setakat ini.

Malah komen-komen yang diberikan peminat turut menyalahkan penerbit baru Running Man, Kim Joo Hyung yang tidak peka apabila ada segmen yang hampir sama diulang semula iaitu di mana tujuh anggota Running Man nya Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Kang Gary, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo ditempatkan dalam sebuah bilik bagi meluahkan isi hati.

Mereka kemudiannya dikehendaki membacakan surat minta maaf yang ditulis oleh mereka secara berdepan.

Sebelum ini, segmen yang hampir sama juga turut diperkenalkan dalam episod ‘Running Man Q & A’ sewaktu penerbit baru itu mula mengambil alih tugasan tersebut.

Nama Kim Joo Hyung juga mula menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Running Man lebih-lebih lagi apabila dia dilihat mula mengubah format asal sekaligus membuatkan rancangan tersebut hilang daya tarikannya.

Apa kata anda?






Sumber: Soompi, Allkpop, AstroGempak



         ________________________





No comments: