26 April 2016

HILANG 10 KAWAN LAMA, DAPAT 1000 YANG BARU - SAFIEY ILIAS



Pasti anda masih ingat dengan rancangan TV Al Hijrah yang mendapat sambutan luar biasa apabila episod khas yang disiarkan 9.30 malam khamis lepas mengenai Safiey Ilias, 22, yang berkongsi pengalaman kehidupannya sebagai pondan setelah mula menjadi jutawan pada usia 19 tahun.

Safiey yang nekad untuk kembali ke fitrah asal akhirnya bertindak berani melakukan pembedahan mengeluarkan implan payu dara dan seterusnya berhijrah ke jalan Allah.

Berikutan itu, ada yang mengatakan yang kemungkinan perniagaannya akan berkurangan atau lingkup disebabkan penghijrahannya itu. Bagaimanapun, iman Safiey menjadi makin kuat dan tidak pernah kisah dengan harta dunia.





Menerusi laman Facebooknya, Safiey menyatakan:

"Saat paling terharu masa khuruj apabila qarqun2 lama cium dahi saya dan peluk saya. Mereka kata rindu sangat pada saya kerana Allah SWT. Khuruj ni kita akan dapat rasai kehebatan silaturrahim sesama Islam. Mereka betul2 ikram orang yang telah bertaubat dan nak buat kerja dakwah.



"Sesungguhnya saya begitu cemburu melihat mereka yang dah lama join tabligh ni sebab mesti dah banyak pahala yang mereka dapat dan dah berapa ramai korban agama nafsu yang mereka dapat. Cemburu. Semoga saya mampu menjadi seperti mereka. Keluar 4 bulan!

"Yang lagi seronok maulana bagi tahu, masa khuruj ni, doa banyak2, mintak lah apa nak minta, masa keluar jalan Allah iaitu dakwah ni doa tiada hijab. Doa yang saya paling tertarik adalah "Ya Allah jangan lah beri bisnes aku jatuh kerana takut akan fitnah kepada tabligh, kerja dakwah dan khuruj ini! Majukan bisnes aku semaju-majunya"

"Pagi tadi sempat berjumpa Maulana Helmi. Alhamdulillah. 10 kawan lama hilang, 1000 kawan baru yang kejar Allah datang pada saya."



Safiey mahu sedekah kasut-kasutnya pada yang sudi

Foto & info: Safiey FB


         ________________________





No comments: