Showing posts with label Berita luar negara. Show all posts
Showing posts with label Berita luar negara. Show all posts

14 February 2017

20 FOTO - NEWBORN PHOTOSHOOT KHADIJA AZZEHRA, ANAK KEDUA DIANA AMIR



Aksi 'newborn photoshoot' Khadija Azzehra, anak kedua Diana Amir dan Mohd Habibbullah A Rahman yang lahir 4 Januari lalu.

Seperti biasa, team 'The Photolicious' telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Klik untuk gambar besar


28 December 2016

LAGENDA 'STAR WARS' MENINGGAL DUNIA



Belum reda kesedihan peminat meratapi kematian penghibur antarabangsa, George Michael yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di kediamannya di England, semalam... hari ini, aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" pula dilaporkan meninggal dunia.

"Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan)," kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.



29 October 2016

ANAK KAK TON, NADIA ANNUAR SELAMAT BERSALIN



Semalam anak kepada Kak Ton iaitu Nadia Annuar dan suaminya Hafiz Salleh telah menerima kehadiran 'orang baru' dalam hidup mereka. Nadia telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Selain itu, Nadia yang merupakan personaliti TV itu turut memberitahu yang dia dan suaminya itu telah sepakat menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Dya Naylaa.



26 October 2016

BYE BYE GARY - BINTANG RUNNING MAN 'TARIK DIRI'



Peminat rancangan bersiri Running Man pasti akan merasa 'kehilangan' selepas 31 Oktober nanti apabila bintang utamanya Kang Gary, 38, sah meninggalkan rancangan tersebut selepas 6 tahun bersama.

Oleh yang demikian, 'bibit-bibit percintaan' antara Gary dengan ‘Pasangan Isnin-nya’, Song Ji Hyo, juga pasti terencat gara-gara perkembangan terbaru itu.



24 October 2016

LUAR NEGARA - BILA JANET JACKSON BERTUDUNG



Jika artis kita ada yang membuka tudung, tetapi lain halnya pada adik michael jackson iaitu Janet Jackson yang kini hamil anak pertamanya. Dia buat pertama kalinya muncul di tempat awam di London dengan imej bertudung bersama suaminya Wissam Al Manna.

Janet kelihatan begitu santai dengan kepala ditutupi anak tudung dan hud daripada pakaian yang seakan-akan pakaian tradisi Mexico, poncho dan berseluar besar serta memakai stokin dan kasut.



09 September 2016

10 GAMBAR - MAJLIS KHATAM AL-QURAN PENGACARA HLIVE ELLY ARIFIN



Bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan penyampai radio iM4U FM, Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat hari ini iaitu sama tarikh dengan pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah, pengacara Hlive Elly Arifin telah mengadakan majlis khatam Al-Quran beberapa hari yang lalu.

Dalam majlis yang diadakan di Taman Sutera, Kajang, Selangor, Elly kelihatan cantik dengan busana berwarna putih.



28 April 2016

LAPORAN TERKINI - PRINCE MENINGGAL DUNIA AKIBAT AIDS?



Kejutan terkini mengenai laporan kematian legenda pop Prince amat mengejutkan apabila penyanyi itu disahkan menghidap AIDS enam bulan lalu.

"Doktor memberitahu Prince kiraan darah beliau adalah yang luar biasa rendah dan suhu badannya menurun berbahaya di bawah 98.6 darjah normal kepada 94 darjah," kata sumber kepada penerbitan The National Enquirer.



26 April 2016

PENERBIT BARU DIDAKWA JADI PUNCA RATING RUNNING MAN MERUDUM



Sungguh menyedihkan apabila laporan Nielsen Korea TV Audience Measurement, melaporkan bahawa rancangan variasi popular Running Man telah mencatatkan kadar rating yang agak rendah dan berada di kedudukan terakhir berbanding lima program variasi yang lain seperti ‘2 Days and 1 Night’ dan sebagainya.

Semuanya gara-gara penonton setia rancangan tersebut mula meluahkan rasa bosan setelah menonton episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ baru-baru ini.



16 April 2016

13 GAMBAR - AARON AZIZ SAMBUT BIRTHDAY ISTERI DI LONDON



Gambar-gambar Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik bersiar-siar di London. Apa yang menariknya ketika disana, Aaron telah meraikan ulangtahun kelahiran isterinya itu.

"To my one and only Dar Dar @diyanahalik. We have climbed the highest peak of difficulties. We swam the deepest level of challenges. We ran the furthest length of missing each other and we withstood all tests that ALLAH has given us together for 13yrs.



29 March 2016

BAPA PELAKON POPULAR JADI GELANDANGAN, PENGEMIS



Meskipun anaknya seorang artis popular, namun entah bagaimana, dia menjadi seorang gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Indonesia. Begitulah nasib yang menimpa Irwan Yusuf, yang mengaku sebagai ayah kandung kepada Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.

Rahsianya terbongkar apabila dia ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika sedang mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan baru-baru ini.



12 March 2016

9 GAMBAR - ZAHIRIL ADZIM SEKELUARGA & JOHAN AS'ARI TUNAI UMRAH



"Ana sekeluarga bersama sahabat Johan As'ari selamat tiba di bumi Madinah. Alhamdulillah, kami tinggalkan Malaysia sementara untuk 'bersama' dengan Rasulullah di sini," demikian kata Zahiril Adzim apabila dia sekeluarga dan Johan As'ari kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Difahamkan, Zahiril sekeluarga dan Johan berangkat ke sana semalam.

Doa kita semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali.



15 February 2016

KERETA SHAH RUKH KHAN DISERANG DALAM RUSUHAN



Gara-gara marah disebabkan isu 'toleransi agama', kereta Shah Rukh Khan telah diserang ketika bintang Bollywood itu sedang menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Raees dekat bandar Ahmedabad, India.

Menurut laporan Agensi Reuters, tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan komen Khan mengenai tiadanya sikap toleransi di India. Insiden berlaku awal Sabtu ketika kenderaan aktor itu diletakkan di dalam kawasan hotel.



21 April 2015

MAMPUKAH 'WINTER SONATA' BAHARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN LAMA?



Pastinya peminat filem dan drama Korea tahu, drama bersiri Winter Sonata satu ketika dulu pernah memecah sejarah sebagai drama paling meletop. Malah drama tersebut yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo itu masih ditonton hingga kini diseluruh dunia.

Terkini, berita baik untuk peminat Winter Sonata apabila drama bersiri tersebut bakal kembali dengan sekuel baharu pada 2016.

"Idea untuk menyambung drama bersiri itu sudah lama saya fikirkan dan saya yakin, ianya pasti mendapat sambutan yang hebat di kalangan penonton yang menantikan sekuel ini.



03 April 2015

5 GAMBAR - AKSI MARSHANDA DENGAN JUMPSUIT PENDEK



Gaya dan penampilan terkini pelakon sinetron Indonesia yang satu ketika dulu pernah popular di negara kita iaitu Marshanda. Gambar dirakam ketika dia Hadir di sebuah bazar memakai jumpsuit pendek.

Untuk info, pelakon ini telah bercerai dengan Ben Kasyafani pada penhujung 2014 dan hak penjagaan anak telah diberikan pada bekas suaminya.

Klik gambar untuk size besar


09 October 2014

12 GAMBAR - BILA ANAK ASHRAF MUSLIM HISAP JARI KAKI



Nampaknya, pejam celik... dah makin besar anak Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Namun ramai yang berdoa dan berharap, akan datang mungkin rezeki Dayana Lokman pula menimang cahaya mata yang secomel Sarah Ashraf.

Untuk info, Sarah kini makin aktif dan usianya sudah menjangkau 5 bulan. Lebih menarik, Sarah juga sudah pandai hisap ibu jari kaki. Amboiii... macam confirm nak dapat adik baru je! Heh.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


24 January 2014

GAMBAR 'MUGSHOT' JUSTIN BIEBER YANG 'FOTOGENIK'?



Jangan fikir bila seseorang itu sudah popular, mereka tidak boleh masuk lokap, dipenjara atau paling kurang tangan digari berantai seperti haiwan. Dan itulah yang berlaku terhadap penyanyi popular antarabangsa yang mempunyai wang berjuta, Justin Bieber apabila dia ditahan pihak berkuasa Miami.

Bieber didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol, memiliki ganja serta tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Dengan penahanan itu, dia telah menjadi ahli kelab 'mugshot' sebagaimana selebriti popular yang lain, contohnya seperti Keanu Reeves, Anna Nicole Smith, Jane Fonda, Paris Hilton dan ramai lagi.

Klik gambar untuk size 800X518


16 January 2014

RIHANNA - DULU BERHIJAB, KINI SELAMBA BOGEL



Memang makin pelik perangai artis Barat. Tubuh badan mereka bagai tiada nilai lagi apabila mereka sengaja mendedahkan bahagian 'hot' mereka untuk tontonan ramai.

Contoh paling jelas ialah Rihanna, yang beberapa bulan lalu beriya-iya tampil berhijab di dalam masjid Dubai, tiba-tiba berbogel pula.



04 December 2013

RAKAMAN CCTV KEMALANGAN PAUL WALKER TERSEBAR


Ingatkan cerita tentang kematian pelakon Hollywood Paul Walker akan reda selepas beberapa hari kematiannya, namun sangkaan itu nyata meleset. Ini kerana, ada pihak yang bikin panas mengatakan pelakon itu tidak mati dan pelbagai cerita mengarut yang jelas menggambarkan 'kecetekan akal' mereka.

Terkini, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kemalangan tersebut pula tersebar hangat dialam maya.


01 December 2013

KENDERAAN MELETOP - PAUL WALKER 'FAST AND THE FURIOUS' MAUT

Berlakon watak hero hebat dalam perlumbaan, tetapi maut dalam kemalangan kereta. Itulah yang berlaku terhadap bintang Fast And The Furious, Paul Walker apabila disahkan menemui ajal akibat kemalangan ngeri di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut berita, aktor berusia 40 tahun itu duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT. Bagaimanapun, kereta tersebut gagal dikawal kemudian melanggar sebuah tiang telefon hingga mengakibatkan kenderaan itu meletup.


21 August 2013

INFO SEBERANG - JULIA AKHIRNYA BUANG NAMA 'PEREZ'


Akhirnya apa yang diidamkan oleh pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez diperolehinya baru-baru ini daripada Damian Perez, iaitu surat cerai. Surat tersebut pastinya akan memberi lesen kepada Julia untuk membuang nama Perez di belakang namanya.

"Nama saya akan tukar. Nanti saya akan beritahu pada rakan-rakan untuk majlis kesyukuran. Mudah-mudahan bermanfaat," katanya.