04 December 2013

RAKAMAN CCTV KEMALANGAN PAUL WALKER TERSEBAR


Ingatkan cerita tentang kematian pelakon Hollywood Paul Walker akan reda selepas beberapa hari kematiannya, namun sangkaan itu nyata meleset. Ini kerana, ada pihak yang bikin panas mengatakan pelakon itu tidak mati dan pelbagai cerita mengarut yang jelas menggambarkan 'kecetekan akal' mereka.

Terkini, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kemalangan tersebut pula tersebar hangat dialam maya.




Rakaman CCTV tersebut memperlihatkan bagaimana asam hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.

Pastinya dengan letupan sebegitu, bintang Fast And The Furious bersama rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat itu tiada peluang untuk selamat.


VIDEO KLIP KEMALANGAN




ATAU KLIK LINK UNTUK TONTON 
http://www.youtube.com/watch?v=O-v3M5Cdafc


No comments: