Memang kelakar! Ia bagaikan kes saman yang melibatkan syarikat gergasi Apple dan Samsung satu ketika dulu apabila Samsung didakwa membayar wang saman Apple menggunakan syiling 5 sen untuk jumlah USD1 billion.
Bagaimanapun, cerita mengenai bayaran syiling Samsung terhadap Apple itu sebenarnya hanya khabar angin semata. Tetapi yang benar-benar berlaku ialah kes menang saman Rabecca Nur Al-Islam yang didakwa dibayar syiling 5 sen oleh Erma Fatima iaitu berjumlah RM11,200.
Klik gambar untuk imej besar...

Untuk info, Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma baru-baru ini dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca.
Namun apa yang diterima oleh pelakon itu amat mengejutkan apabila dia menerima wang tuntutannya itu dalam bentuk syiling 5 sen. Selain syiling, turut dimasukkan dalam beberapa bungkusan itu ialah sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

"Apa maksudnya itu apabila dia membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?
"Sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahan saya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya, saya akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.," tegasnya dipetik sebagai berkata.


No comments:
Post a Comment