24 January 2014

GAMBAR 'MUGSHOT' JUSTIN BIEBER YANG 'FOTOGENIK'?



Jangan fikir bila seseorang itu sudah popular, mereka tidak boleh masuk lokap, dipenjara atau paling kurang tangan digari berantai seperti haiwan. Dan itulah yang berlaku terhadap penyanyi popular antarabangsa yang mempunyai wang berjuta, Justin Bieber apabila dia ditahan pihak berkuasa Miami.

Bieber didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol, memiliki ganja serta tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Dengan penahanan itu, dia telah menjadi ahli kelab 'mugshot' sebagaimana selebriti popular yang lain, contohnya seperti Keanu Reeves, Anna Nicole Smith, Jane Fonda, Paris Hilton dan ramai lagi.

Klik gambar untuk size 800X518




Bagaimanapun, yang kelakarnya majoriti peminat Bieber yang masih terkejut dengan berita penahanan ini menganggap foto 'mugshot' tersebut sebagai paling fotogenik berbanding selebriti lain. Heh.

Untuk info, Bieber dalam kenyataannya mengakui mengambil minuman beralkohol serta marijuana selain ubat-ubatan yang dibekalkan doktornya.

Menerusi laporan itu juga, Bieber dilaporkan telah dibebaskan oleh Mahkamah Miami selepas membayar bon berjumlah USD2,500.


No comments: