01 December 2013

KENDERAAN MELETOP - PAUL WALKER 'FAST AND THE FURIOUS' MAUT

Berlakon watak hero hebat dalam perlumbaan, tetapi maut dalam kemalangan kereta. Itulah yang berlaku terhadap bintang Fast And The Furious, Paul Walker apabila disahkan menemui ajal akibat kemalangan ngeri di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut berita, aktor berusia 40 tahun itu duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT. Bagaimanapun, kereta tersebut gagal dikawal kemudian melanggar sebuah tiang telefon hingga mengakibatkan kenderaan itu meletup.




Kemalangan itu mengakibatkan Walker terbunuh dalam letupan yang kemudian membakar kenderaan tersebut.

Untuk info, Walker popular dengan watak Brian O'Connor dan dia ketika itu dilaporkan berada di Santa Clarica mengadiri sebuah pameran kereta. Pameran tersebut dianjurkan bagi mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina oleh organisasi milik Walker sendiri iaitu Reach Out Worldwide.



Dengan kematian aktor itu, ia mengejutkan ramai peminatnya. Ini kerana sebuah trailer lakonannya melalui filem terbaru Fast And The Furious 7 turut memaparkan babaknya di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.





No comments: