02 December 2013

'TIGA HARI' TERPIKAT - LANA NORDIN NAFI GUNA ILMU HITAM


Tidak menggunakan ilmu hitam!

Demikian tegas Lana Nordin (Mazlina Hasan Nordin), 33, apabila ada pihak yang menuduhnya melakukan kerja syirik itu bagi memikat Johan Asari, 27. Semuanya gara-gara Johan seperti 'terpukau' mahu mengahwini Lana setelah hanya berkenalan selama 'tiga hari'.




"Saya terkejut apabila dituduh sebegitu kerana saya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya lamaran Johan itu adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.

"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.



"Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," katanya kepada media.

Terdahulu, Lana mengakui ibu Johan iaitu Datin Firdaus masih belum dapat menerimanya sepenuh hati. Namun dalam hal ini dia percaya perubahan diri yang dilakukan sedikit demi sedikit (kemungkinan berhijab) akan melembutkan hati bakal mertuanya itu.



Saya percaya, perubahan Lana untuk menjadi seorang Islam yang baik pasti akan membuatkan ibu menerima wanita yang saya cintai itu," ujar Johan pula sebagai berkata.

No comments: