28 April 2016

LAPORAN TERKINI - PRINCE MENINGGAL DUNIA AKIBAT AIDS?



Kejutan terkini mengenai laporan kematian legenda pop Prince amat mengejutkan apabila penyanyi itu disahkan menghidap AIDS enam bulan lalu.

"Doktor memberitahu Prince kiraan darah beliau adalah yang luar biasa rendah dan suhu badannya menurun berbahaya di bawah 98.6 darjah normal kepada 94 darjah," kata sumber kepada penerbitan The National Enquirer.





"Beliau sangat lemah dan sering keliru. Beliau juga jarang makan," ujar sumber tersebut lagi.

Majalah itu mendakwa Prince yang berusia 57 tahun itu dijangkiti HIV sekitar tahun 90-an, dan kemudian disahkan menghidap AIDS enam bulan lalu.

Beliau enggan mendapatkan rawatan perubatan atas sebab-sebab tersendiri.

Dan pada 23 April, kematiannya telah diputuskan sebagai bukan bunuh diri meskipun banyak spekulasi yang tersebar. Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang bakal dilakukan akan dapat menentukan apa sebenarnya yang berlaku.

Untuk rekod, mayatnya ditemui di estetnya di Paisley Park pada 19 April lalu.



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...