26 October 2016

BYE BYE GARY - BINTANG RUNNING MAN 'TARIK DIRI'



Peminat rancangan bersiri Running Man pasti akan merasa 'kehilangan' selepas 31 Oktober nanti apabila bintang utamanya Kang Gary, 38, sah meninggalkan rancangan tersebut selepas 6 tahun bersama.

Oleh yang demikian, 'bibit-bibit percintaan' antara Gary dengan ‘Pasangan Isnin-nya’, Song Ji Hyo, juga pasti terencat gara-gara perkembangan terbaru itu.





"Saya ingin menghabiskan lebih banyak waktu untuk muzik. Dan saya ingin belajar lebih lagi tentang bidang ini," demikian jelas Gary apabila ditanya mengapa beliau membuat keputusan berani itu.

Untuk info, Gary sebenarnya sudah memberitahu pihak produksi sejak setahun yang lalu tentang niatnya untuk keluar daripada Running Man.

Bagaimanapun, keputusan Gary itu tidak dipersetujui dan mereka mencuba pelbagai cara untuk memujuk Gary namun ia tidak berhasil.

Akhirnya, pihak produksi Running Man terpaksa akur dengan keputusan Gary. Penggambaran terakhir Gary bersama Running Man akan dilakukan pada penghujung Oktober nanti.

"Kami berterima kasih pada Gary kerana memberikan segalanya untuk acara ini selama bertahun-tahun, sebagai salah satu ahli asal dari Running Man. Gary ingin fokus pada kariernya sebagai pemuzik dan kami mendoakan yang terbaik untuknya," ujar pihak produksi kepada media K-Pop Korea Selatan, AllKPop dipetik sebagai berkata.

Sebagai rekod, Gary merupakan ahli kedua yang meninggalkan Running Man selepas Song Joong Ki menarik diri pada tahun 2011 kerana mahu fokus pada bidang lakonan.

Bye Bye Gary!




         ________________________





No comments: