29 March 2016

BAPA PELAKON POPULAR JADI GELANDANGAN, PENGEMIS



Meskipun anaknya seorang artis popular, namun entah bagaimana, dia menjadi seorang gelandangan yang sudah lama menetap di kaki lima berhampiran daerah JI Bangka, Jakarta Selatan, Indonesia. Begitulah nasib yang menimpa Irwan Yusuf, yang mengaku sebagai ayah kandung kepada Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha.

Rahsianya terbongkar apabila dia ditahan oleh petugas Pelayanan, Pengawasan, dan Pengendalian Sosial (P3S) Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan ketika sedang mengemis di Jalan Bangka, Jakar Selatan baru-baru ini.





"Ketika kami menahannya, masyarakat di sekitar memaklumkan dia sudah lama mengemis di daerah tersebut," ujar Ketua Suku Dinas Sosial Jakarta Selatan, Mursyidin yang dipetik daripada detik.

Sehubungan itu, Irwan telah dibawa ke Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya, Cipayung, Jakarta Timur bagi mendapat rawatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat untuk membawanya pulang.

Bagaimanapun, hingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak Marshanda mengenai perkara tersebut namun menerusi foto yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan lelaki terbabit sememangnya mirip dengan ayah kandung artis terkemuka itu.

Untuk info, selain dakwaan ayah kandung, ada juga yang mendakwa lelaki tersebut hanya sekadar ayah angkat sahaja.





TERKINI: 

Artis, pelakon sinetron Marsandha mengakui bahawa lelaki yang ditangkap mengemis merupakan ayah kandungnya.

"Ada orang yang hantar (Whatsapp) WA berkata, sabar ya Ca. Tapi menurut aku ini bukan sesuatu yang memalukan, bagaimanapun, papa tetap papa, aku tetap sayang dengannya," kata Marshanda kepada wartawan di Panti Sosial Bina Insan Bangun Daya 2, Cipayung, Jakarta Timur, pagi semalam.

Beliau bercerita soal pengalaman ayahnya dirawat. Apabila dia menjenguk, semua orang memandang pada Irwan.

"Mungkin kerana dia mengantuk, aku tak tahu mungkin orang hanya menghormati kerana berita itu atau kerana dia papa aku," katanya.

Difahamkan, Marshanda datang menjenguk ayahnya menggunakan kereta Toyota Alphard. Dia tiba di pusat tersebut kira-kira pukul 09.00 pagi waktu Indonesia, bersama-sama dengan Egi Jhon memakai pakaian serba hitam.

Dalam hal ini, syabas diucapkan buat Marsandha kerana tidak malu mengaku itu bapanya meskipun dia artis popular!



         ________________________





No comments: